Tuesday, January 31, 2012

Laman Asnaf Permata Hatiku (LIMPAH)

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:


1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.

7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)


LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
E-mail: lamanasnaf@yahoo.com

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)

Favorite Icon

Nak tukar Icon pada blog
Buat sendiri
http://www.favicon.cc/

Definasi blog

Apa itu Blog ? 
Blog berasal dari nama Web + Log = weblog pendeknya Blog
Blogger = Penulis Blog
Blogging = Aktiviti mengemaskini blog..

Habis tu kalau Go + Blog = ???? apa yer... hahahaha...

Trafik

Untuk mendapatkan trafik  kena daftar kat search Engine

Blog Tools

Url Shortener



Advertiser



Link Exchange

  • What is Circles66?
  • Circles66 is free backlink program or third-party link exchange. People show your URL and you show others. URLs is randomize. Just need simple script add to your site.
  •   http://circles66.com

Blog to Dollars

Pengiklanan
Sewan ruangan kepada pengiklan
Google Adsense
Nuffnang

Nota Kelas Blog

Nota Kelas blog http://l3ss.me/7i

Klik-klik baca. tambah ilmu pengetahuan. Yang penting ilmu diamalkan...

Najwa Latif - Cinta Muka Buku AJL 26 Final Official

Century Bateri

 Masa untuk tukar bateri....


Pening juga nak pilih bateri nih.. rupa-rupanya ada banyak jenis..




Yang lepas guna jenama GP Atlas coz kedai banyak tutup. Tak banyak pilihan.
Kali ni pilih jenama Century Maintenance Free.. Harga masih sama... OKlah tuh...
Lagi pun guna bateri Maintenance Free nih jangka hayatnya cuma 2 tahun jer... berbeza dengan bateri yang kena top-up air biasanya boleh mencecah 4 tahun. Tapi kena rajin cek air... kalau air dah kering baru nak top-up, jawabnya tak lamalah... pasal asid dah habis...


Need to change your battery but have no time spare? No problem! We deliver your battery right at your footsteps.


This is the Malaysia first, 24-hours & 7-days a week battery delivery service.
- Installation Service Provided
All price are 15% cheaper than market price!!


free alternator checking.
kindly cal or sms me at 0173332746
"Century",the trusted name in batteries.
you are welcome to save this number for emergency break down assist.







Price:
NS 40 ( Perodua, City, Vios, Daihatsu ) : RM 165
NS 60 ( Poton, Civic. Corolla, Mazda ) : RM 175
NS 70 ( Poton, Honda, Toyota, Hyundai ) : RM 245
NS 70Z ( Diesel car ) : RM 300
55D23L ( Ford, Accord, Odyssey, Sorento, Alphade ) : RM 245
DIN 55 ( Audi, Citroen, Fiat, Kia ) : RM 245
DIN 66 ( Audi, Citroen, BMW, Fiat, Mercedes, Jaguar, Volvo ) : RM300
DIN 88 ( BMW, Citroen, Jaguar, Mercedes ) : RM 450
DIN 100 ( Brabus, Range Rover, Mercedes ) : RM 500

Delivery charges is depends on location..
(price are included of trade in old battery.)
1 year warranty.(can last up to 18 months normally)



Rujukan : 
http://centurybatteryautomotive.blogspot.com/
http://centuryautomotive.blogspot.com

Pilihan ditangan anda... Tepuk poket tanya berapa bajet yang ada...

Monday, January 30, 2012

Blog, blogger, blogging

Blog, blogger, blogging...
Sambung lagi kursus....
belajarlah pasal posting, komen, setting design, widget....
hmmm......

Naik motor...

Naik lah motor pergi tempat kejer.... Dah lama tak naik motor ke tempat kerja.. Bukan motor besar pun... Honda Ex5 jer... Paling laju 90 km/j.. yang penting selamat sampai. Minta2 tak hujan petang nih..

Bateri Kereta Rosak

Har ni kereta tak boleh start... Bateri rosak... Maklumlah dah 2 tahun 2 bulan umurnya. Guna bateri maintenance free GP Atlas... Lepas nih kena beli bateri baru....

Kursus Pembangunan Blog

Kursus Pembangunan Blog

Tarikh : 30~31 Januari 2012
Tempat : Makmal Multimedia Perpustakaan
Masa :8.00 ~5.00 ptg

oleh : En Muhammad Rais Abd Halim