Thursday, February 5, 2015

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjae) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersini) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucati) Sistem penghadaman yang lemah.ii) Perut mengandungi angin.iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh 
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendii) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAa) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoranb) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.c) NAJIS BERDARAHi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbanganc) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.b) Sistem saraf otak yang lemah.c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

SUMBER:
Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis

Tuesday, November 4, 2014

Teknik USD Breakout Strategy

Teknik USD Breakout Strategy

Oke teknik ni simple je..

Nama dia mcm2, Basicnya sama.. kesimpulanya ia bermula pada New York Open iaitu pada pukul 7-9 malam waktu malaysia..

Potensi = 10-30 pips.. ( lebih kalau pandai tgk trend)

Cara-cara Asas..

  1. Buka Chart 15 min di di dalam meta 4.. GBPUSD sebagai cth
  2. Lukis garis menegak pada waktu 14:00* pada chart anda
  3. Lukis garis menegak pada waktu 16:00* pada chart anda
  4. Lukis Garis melintang pada candle tertinggi di dalam kawasan yang di plot
  5. Lukis Garis melintang pada candle terendah di dalam kawasan yang di plot
  6. Signal cuma valid pada hari yang sama sahaja. Kalau price belum trigger , itu tandanya market sideways ataupun kalau anda terlepas,tunggu esok pula..
  7. Recommended pada Pair GU tapi anda boleh juga cuba Pair yang lain..
  8. Anda boleh tgk sendiri potensi dengan plot pada price2 terdahulu.
 Itu sahaja, Pasang Pending order BUY STOP pada price tertinggi dan SELL Stop pada Price terendah.TUnggu Price breakout pada salah satu entry..


Point Penting

  1. Waktu 14:00 dan 16:00 di broker hanya merujuk kepada broker yang menunjukkan waktu 14:00 pada pukul 7 malam Malaysia. sila ubah mengikut GMT broker anda..Apa sekalipun target NEW YORK session bermula pada 7-9 malam waktu malaysia.Pendek kata bermula pada new york session iatu pukul 7 AM- 9AM waktu new york..So terbalikkan kalau Malaysia waktu 7 Malam...
  2. Hanya ada 9 candle di antara 14:00-1600 di TF 15 min..kalau terlebih atau terkurang tandanya anda plot salah.
  3. Kalau jarak antara Price tertinggi dan Terendah adalah kurang dari 50-60 pips.. trade anda kemungkinan akan profit
  4. Kalau jarak antara Price tertinggi dan Terendah adalah lebih dari 50-60 pips kemungkinan ada risiko price akan lawan position anda.

Sila rujuk next post untuk cth signal entry untuk hari ini...

Sydney : 06.00 am ~  3.00 pm
Tokyo : 08.00 am ~ 5.00pm
London : 04.00 pm ~ 01.00 am
Newyork : 09.00 pm ~ 06.00 am
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
FIBO Henry calculator

Salam.. uikhh dah lupa saya ada buat thread ni..lepas ada isu ngan duit LR kena tutup ngan FBI , ( habis modal kena hold ) saya agak senyap sket pasal FX.. tapi alhamdullilah..rezeki saya kembali kepada FX walaupun modal dah x sebanyak dulu... moralnya saya mmg bernasib malang dengan e-currency dari kes e-gold (marketiva) sehingga la latest isu LR ...

Oke untuk minggu ini..saya nak share teknik FIBO Henry calculator ( nanti update kat 1st page)...

haaa ini adalah teknik basic yang orang boleh combinekan sebagai filter signal.. antara feveret sy ni masa mula2 dulu..ohh teknik ni juga di popularkan oleh karkerz dulu..formula matematik dalam FOREX.. Entah saya tidak tahu sebab tak guna kaedah dia..


Saya upload dulu files dia..nanti saya explain penerangan..igt nak test selasa ni sebab Bank2 major dah habis cuti..leh live trade.


basicnya amik YEsterday and previous day daily hi, lo dan closed.. dia ada gabungan fibo zone tapi kepada sapa yg malas pikir basicnya kalau Yellow and RED fibo point signal yg sama,..so signal tu agak selamat..ada pelbagai kaedah untuk filter signal dari formula matematik tapi xpe nanti selasa kita akan buat live trade untuk test potensi
 breakout akan problem kalau market slow liquid atau news kacauu... kena filter bila patut masuk..biasanya minggu2 NFP ( market slow) major bank cuti dan sebagainya..

Wednesday, October 15, 2014

pivot weekly H4

Agak2 mals nak mengkaji. penat dah nak analisis gila2. hampa letak jela pivot weekly tu. Time frame H4. Rule nya.

*Price atas weekly pivot. letak buy limit siap2 di pivot. SL 20-30 pips. Lepas tu di price SL tu letak sell stop. TP bogel.

*Price bawah weekly pivot. letak sell limit siap2 di pivot weekly. SL 20-30 pips. Lepastu Price SL letak buy stop. TP bogel.

P/s : sesiapa ada indi engineerex. anda beruntung. sebab. kalau muncul petanda di area pivot weekly ni. follow kn aje. buat snd. layer dalam pot snd petanda. Kalau da pandai main. previous snd pon boleh.

E*NGINEEREX is a SND + SNR. Back to basic geng. sori. terpanjang lak post. kes awek busy kt mydin. alone. ~~~ wakaka. happy trading.

Tapi kalau position counter tu pon kena SL. Tutup laptop. Ambik wudhuk. Total SL 40 pips kalau kedua2 post kelaut. baru 40 pips. kalau menjadi. smpai jumaat makn x keyg. mnggu dpn reentry lagi.

Wednesday, February 6, 2013

Perkongsian TEKNIK 5 PAGI yang profit giler!!

Perkongsian TEKNIK 5 PAGI yang profit giler!!

 Thread ni aku khaskan untuk newbie-newbie macam aku yang lemah analisis teknikal tapi masih ingin cuba mengaut keuntungan dari forex. Teknik 5 pagi boleh mendatangkan profit yang konsisten kerana terdapat sesetengah pair seperti EUR/USD yang patternnya boleh dijangka.

So biar aku start dulu dengan teknik pertama dari aku:

Teknik 1
Salam guys and sifu forex semua, cucu newbie forex nak kongsi trading system.. Harap diizinkan dan kalau salah tolonglah tunjukkan..

Nak mintak jasa baik korang sume untuk test power trading system ni..

Setakat ni aku dah buat quite some profit jugak melalui sistem ni.. Very consistent profit.. Oklah straight to the system..

Time frame : D1 / H1
Indicator : Tak ader..
Pair : Sume boleh tapi setakat ni aku just try kat GBP/JPY ngan EUR/USD

Strateginya..:

1. Bila naik je candle baru untuk hari berikutnya korang cepat-cepat letak pending order buy stop 20/30 pips lebih daripada harga open.

2. Letak gak pending order sell stop 20/30 pips rendah dari harga open.

3. Stop loss 30 pips dan Take profit 20 pips (tapi lebih mantap kalau tak pakai SL cuma kena dok depan pc je la.. huhu..)

4. Bila salah satu TP dah kena cancelkan pending order yang satu lagi..

Korang leh refer kat D1 atau H1 history chart untuk pair2 yang korang suka..

Cuba test sistem ni and kalau korang suka dan sesuai ngan korang guna la sebaik mungkin.. Kalau ada penambahbaikan jangan segan2 postkan kat sini eh.. Semoga kita semua beroleh kehijauan pips.. heheh..





Teknik 2 (Ihsan masta moneymaker3000)

"aku pakai candle daily, pair gu berdasarkan candle semalam. Kalau candle semalam bullish, harini kol 5 masuk buy. Kalau semalam bearish, harini masuk sell. tp 140 sl 180."


Teknik 3 (Ihsan masta moneymaker3000)

"okay...ni lagi satu teknik mudah tapi bukan kol 5 pagi, bila2 masa pun bole pasang PO ni berdasarkan candle daily. Dalam sebulan hanya 2-3 kali je price sentuh PO ni.

Caranya, kalau price semalam bullish, pagi ni kita siap2 ready pasang sellstop. Kalau candle semalam bearish, pagi ni kita siap2 ready pasang buystop. Contoh bole tgk kat graf bawah pair GU.

Cube tgk no. 1 tu, aku pasang sellstop kat lowest price semalam, dan no.2 aku pasang buystop kat highest price semalam. Take profit 10-25pips dah memadai :


Teknik 4 (Ihsan masta gundurowo)

"amik high and low candle smlm..

letak buy stop kat high smlm + 1 + spread..

letak sell stop kat low smlm - 1..

TP n SL ikut tamak masing2..

Pair GU / TF Daily..

sekian..."


Teknik 5 (Ihsan masta gundurowo)

Pair = GJ sahaja
TF = 4H

pada setiap hari isnin..bukak chart then tekan ctrl y..

pastu..letak BUY STOP kat HIGH + spread + buffer(20 pips) candle yg atas garisan tu..

tuk SELL STOP plak..wat PO kat LOW - buffer(20pip) candle tu..

TP1= jarak antara PO buy ngan sell..
TP2= ikut suka korang atau lg seminit nk tutup market ari jumaat

SL= letak kat PO yg lg satu tu...


Teknik 6 (Ihsan Masta Gundurowo)

ok..amik high low kul 12 tgh mlm smlm sampai 12 tgh hari..

wat PO buystop kat high + 20 pip...

wat PO sellstop kat low - 20 pip...

TP ngan SL ikut suka..

pair GJ,GU,EJ...

TF 30M..

 Teknik 7 (Ihsan Masta Atlantis)

kul5 pagi gak sbb tajuk kat sini kul 5 pagi.

pair=eu. asian session only
tampa berfikir, masuk buy, tp20, sl20.

bila hit sl, masuk lagi buy tp20, sl20. lot double.
ulang sampai dpt tp. sekali hit tp, stop trade. sambung esok.

risk manageent:
hadkan jumlah sl, max 4 kali je. sbb kalau gerak byk sgt, itu dah luar tabii utk eu. mesti ada hal la tu.
jumlah modal mesti cukup utk 4 kali sl tu. legi besar lagi baik. takyah nak depo selalu.

harap membantu


Teknik 8 (Ihsan Masta Atlantis)

style moneymaker pun aku ada guna. tapi ada lain sikit je.
pair sama (gu) carry trade semalam.


Quote:
"aku pakai candle daily, pair gu berdasarkan candle semalam. Kalau candle semalam bullish, harini kol 5 masuk buy. Kalau semalam bearish, harini masuk sell. tp 140 sl 180."
bezaynya, tp100 sl 50.
kalau sl,esoknya boh lot double.
kalau tp, esoknya start lot kecik balek

Friday, September 28, 2012

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Penyakit was-was ialah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutama dalam menunaikan niat sesuatu seperti untuk meniatkan sembahyang atau mengambil wuduk dengan secara tiba-tiba dia merasakan dia tidak lagi meniatkan niat tersebuat sedangkan pada asalnya dia sebenarnya sedah meniatkannya, penyakit ini datang dan memberikan rasa tidak yakin kepada niat yang dibuat dan merasakan ibadat yang dilakukan tersebut tidak dibina diatas niat yang betul.

FAKTOR YANG MENDATANGKAN PENYAKIT WAS-WAS
Ulama telah menyebut bahawa penyakit was-was ini ada dua faktor utama,yang pertama seseorang itu mudah was-was dalam sembahyang disebabkan oleh kelemahan kefahaman / fikirannya dan faktor yang kedua pula disebabkan seseorang tu tidak mempelajari hukum hakam fardu ain yang menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara hukum fardu, sunat dan sebagainya perkara yang sebegini boleh mendatangkan was-was atau syak dalam ibadat yang dilakukannya.
Manakala di dalam sembahyang pula kadang-kadang seseorang itu hilang kyusyuk di dalam sembahyangnya dan menyebabkan dia terlupa rakaat dan perkara ini berulang di dalam sembahyang ini menyebabkan setiap kali dia mendirikan sembahyang datang penyakit was-was dan dia tidak dapat mengatasinya.

CARA MENGATASI MASALAH WAS-WAS
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? disana terdapat beberapa pendapat ulama tentang dan cara untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya sesaorang selalu datang syak pada dirinya seperti dia syak tentang bilangan rakaat dalam sembahyang misalnya, adakah dia berada dalam rakaat ketiga atau pada rakaat keempat?, disini mazhab Imam Syafie dan Jumhur ulama yang lain mengatakan hendaklah dia mengambil yang sedikit. Misalnya dia sembahyang zohor dia syak adalah dia dalam rakaat ketiga atau keempat? maka dia hendaklah mengambil pada bilangan yang yakin iaitu tiga, jadi disini dia hendaklah mengambil yang tiga dan dia kena tambah lagi satu rakaat untuk menyempurnakan sembahyangnya.


Manakala disisi mazhab Imam Malik pula berbeza, bagi orang yang selalu sangat dan kerap datang padanya penyakit was-was ini dia hendaklah melawan dengan penyakit tersebut iaitu dengan cara dia mengambil yang banyak, misalnya apabila dia mendirikan sembahyang selalu datang was-was adakah dia dalam rakaat kedua atau ketiga maka disisi Mazhab Maliki dia wajib mengambil yang banyak, bermakna dia hendaklah mengambil yang tiga bukannya dua rakaat berbeza pula dengan mazhab Syafie dia hendaklah mengambil dua iaitu yang sedikit, antara sebab yang membawa Imam Malik berbuat sedemikian ialah kerana penyakit ini hendaklah dilawan sekiranya kita mengambil yang sedikit bermakna penyakit kita itu dapat dilawan disebabkan dorongan pada diri kita mengatakan yang bilangan rakaat tersebut tidak cukup maka kita lawan apa yang ada di dalam hati kita itu mengatakan bahawa ianya cukup.
__________________
"Aku adalah aku"

Parenting Skills....

at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.

"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."
__________________
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)"

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
--------------------------------

Anda berada digolongan yg mana?
Selamat Beramal...