at-Tahrim
 ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman,
 peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.
"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. 
Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 
10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)
"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu
 bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang 
miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)
Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya 
kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan 
bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."
  
  
  
  
  
  
  
   
    __________________
    "....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan 
kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada 
sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah 
jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), 
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi 
balasan)"

No comments:
Post a Comment