Petua Melayu Lama Untuk Wanita Hendak Pergi Berjalan
Pada zaman dahulu, memang banyak pantang larang dikenakan ke atas wanita yang hendak pergi berjalan. Wanita yang perlu ke sesuatu tempat kerana sesuatu urusan telah diajarkan beberapa petua dan syarat. Semuanya perlu diamalkan oleh wanita (gadis, isteri, janda, balu) demi keselamatan mereka. Pada awalnya, hanya golongan bangsawan sahaja yang mengamalkan petua dan syarat-syarat itu. Namun kemudian, wanita kebanyakan turut diajar mengamalkan petua dan syarat itu agar semua wanita selamat ketika berjalan, terhindar daripada kejahatan manusia dan angkara mistik.
Petua dan syarat berjalan bagi wanita berbeza mengikut hari ia berangkat. Sekiranya wanita mahu berangkat pada hari isnin siang, dia perlu mengibaskan sapu tangan dua atau tiga kali kemudian dilipat dan dibawa sama. Sekiranya wanita itu berangkat pada hari isnin malam, wanita itu hendaklah memadamkan api; seperti lampu yang sedang menyala atau memadamkan mancis.
Berikut diberikan petua berjalan untuk wanita, mengikut haribulannya:-
1 haribulan: hati selalu gembira tetapi tidak mendapat keuntungan
2 haribulan: hati selalu diliputi perasaan takut tetapi akan mendapat keuntungan
3 haribulan: kurang baik, ada bahaya yang mengancam
4 haribulan: selalu berasa letih dan perasaan tersiksa
5 haribulan: sangat baik dan tercapai yang dituju
6 haribulan: kurang mendapat seperti yang diharapkan
7 haribulan: sangat baik, akan mendapat berkah daripada Tuhan
8 haribulan: akan mendapat penyakit tetapi akan disenangi orang
9 haribulan: kurang baik, ada yang memfitnah
10 haribulan: baik dan dapat keselamatan
11 haribulan: perasaan selalu tidak tenteram tetapi akan mendapat hasil
12 haribulan: bertemu dengan orang yang tidak disenangi
13 haribulan: mendapat keuntungan yang tidak terduga
14 haribulan: terhindar daripada bahaya
15 haribulan: mendapat kesejahteraan dan selamat
16 haribulan: tidak mendapat keuntungan tetapi rugi
17 haribulan: hati berasa sangsi tetapi mendapat keuntungan
18 haribulan: mendapat keuntungan
19 haribulan: selamat, tetapi perasaan tidak tenteram
20 haribulan: ada orang memfitnah
21 haribulan: bertemu dengan orang yang tidak disenangi
22 haribulan: baik dan tercapai maksud
23 haribulan: selamat ke tempat yang dituju
24 haribulan: hati gembira dan mendapat keuntungan
25 haribulan: kurang memuaskan dan bahaya mengancam
26 haribulan: selamat tetapi akan berjumpa dengan orang yang dibenci
27 haribulan: hati akan senang, tetapi ada pertengkaran
28 haribulan:ada bahaya mengancam tetapi berhasil apa yang ingin dicapai
29 haribulan: selamat sejahtera
30 haribulan: mempunyai kesulitn kewangan
31haribulan: hati berasa tenteram meskipun mempunyai sedikit halangan
No comments:
Post a Comment