Tuesday, August 28, 2012

Petua Memilih/Membuat Buah Tangan Untuk Tetamu Majlis Kahwin

Petua Memilih/Membuat Buah Tangan
Untuk Tetamu Majlis Kahwin

1. Cuba bunga telur yang diperbuat daripada satin. Selain daripada tahan lama dan cantik untuk disimpan sebagai kenangan, ia menonjolkan ciri-ciri kemewahan. Lebih menarik berba
nding dengan yang diperbuat daripada straw atau plastik.

2. Hiaskan setiap tangkai bunga telur dengan reben kain satin juga. Jangan campur adukkan dengan reben plastik.

3. Pastikan kain dan reben mempunyai warna senada. Warna emas atau perak tidak ditelan zaman dan akan sentiasa kelihatan menarik.

4. Paling penting pastikan warna asas bunga telur sama dengan konsep keseluruhan perkahwinan anda.

5. Pastikan dulang bunga pahar untuk menyangkut bunga telur telah ditempah awal. Seelok-eloknya daripada warna tembaga, emas atau perak.

6. Seelok-eloknya siapkan sarung bunga telur 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan.

7. Tempahlah bahan-bahan untuk membuat sarung bunga telur daripada seorang pereka atau penjual sahaja untuk mendapat harga yang lebih murah. Jika anda mempunyai kenalan di dalam industri ini, cubalah dapatkan harga pemborong.

8. Bagi mengilatkan telur untuk bunga pahar, masukkan sesudu cuka ke dalam periuk merebus telur. Masak telur sehari sebelum hari persandingan atau majlis untuk mengelakkan telur menjadi busuk.

No comments:

Post a Comment