Wednesday, February 6, 2013

Perkongsian TEKNIK 5 PAGI yang profit giler!!

Perkongsian TEKNIK 5 PAGI yang profit giler!!

 Thread ni aku khaskan untuk newbie-newbie macam aku yang lemah analisis teknikal tapi masih ingin cuba mengaut keuntungan dari forex. Teknik 5 pagi boleh mendatangkan profit yang konsisten kerana terdapat sesetengah pair seperti EUR/USD yang patternnya boleh dijangka.

So biar aku start dulu dengan teknik pertama dari aku:

Teknik 1
Salam guys and sifu forex semua, cucu newbie forex nak kongsi trading system.. Harap diizinkan dan kalau salah tolonglah tunjukkan..

Nak mintak jasa baik korang sume untuk test power trading system ni..

Setakat ni aku dah buat quite some profit jugak melalui sistem ni.. Very consistent profit.. Oklah straight to the system..

Time frame : D1 / H1
Indicator : Tak ader..
Pair : Sume boleh tapi setakat ni aku just try kat GBP/JPY ngan EUR/USD

Strateginya..:

1. Bila naik je candle baru untuk hari berikutnya korang cepat-cepat letak pending order buy stop 20/30 pips lebih daripada harga open.

2. Letak gak pending order sell stop 20/30 pips rendah dari harga open.

3. Stop loss 30 pips dan Take profit 20 pips (tapi lebih mantap kalau tak pakai SL cuma kena dok depan pc je la.. huhu..)

4. Bila salah satu TP dah kena cancelkan pending order yang satu lagi..

Korang leh refer kat D1 atau H1 history chart untuk pair2 yang korang suka..

Cuba test sistem ni and kalau korang suka dan sesuai ngan korang guna la sebaik mungkin.. Kalau ada penambahbaikan jangan segan2 postkan kat sini eh.. Semoga kita semua beroleh kehijauan pips.. heheh..





Teknik 2 (Ihsan masta moneymaker3000)

"aku pakai candle daily, pair gu berdasarkan candle semalam. Kalau candle semalam bullish, harini kol 5 masuk buy. Kalau semalam bearish, harini masuk sell. tp 140 sl 180."


Teknik 3 (Ihsan masta moneymaker3000)

"okay...ni lagi satu teknik mudah tapi bukan kol 5 pagi, bila2 masa pun bole pasang PO ni berdasarkan candle daily. Dalam sebulan hanya 2-3 kali je price sentuh PO ni.

Caranya, kalau price semalam bullish, pagi ni kita siap2 ready pasang sellstop. Kalau candle semalam bearish, pagi ni kita siap2 ready pasang buystop. Contoh bole tgk kat graf bawah pair GU.

Cube tgk no. 1 tu, aku pasang sellstop kat lowest price semalam, dan no.2 aku pasang buystop kat highest price semalam. Take profit 10-25pips dah memadai :


Teknik 4 (Ihsan masta gundurowo)

"amik high and low candle smlm..

letak buy stop kat high smlm + 1 + spread..

letak sell stop kat low smlm - 1..

TP n SL ikut tamak masing2..

Pair GU / TF Daily..

sekian..."


Teknik 5 (Ihsan masta gundurowo)

Pair = GJ sahaja
TF = 4H

pada setiap hari isnin..bukak chart then tekan ctrl y..

pastu..letak BUY STOP kat HIGH + spread + buffer(20 pips) candle yg atas garisan tu..

tuk SELL STOP plak..wat PO kat LOW - buffer(20pip) candle tu..

TP1= jarak antara PO buy ngan sell..
TP2= ikut suka korang atau lg seminit nk tutup market ari jumaat

SL= letak kat PO yg lg satu tu...


Teknik 6 (Ihsan Masta Gundurowo)

ok..amik high low kul 12 tgh mlm smlm sampai 12 tgh hari..

wat PO buystop kat high + 20 pip...

wat PO sellstop kat low - 20 pip...

TP ngan SL ikut suka..

pair GJ,GU,EJ...

TF 30M..

 Teknik 7 (Ihsan Masta Atlantis)

kul5 pagi gak sbb tajuk kat sini kul 5 pagi.

pair=eu. asian session only
tampa berfikir, masuk buy, tp20, sl20.

bila hit sl, masuk lagi buy tp20, sl20. lot double.
ulang sampai dpt tp. sekali hit tp, stop trade. sambung esok.

risk manageent:
hadkan jumlah sl, max 4 kali je. sbb kalau gerak byk sgt, itu dah luar tabii utk eu. mesti ada hal la tu.
jumlah modal mesti cukup utk 4 kali sl tu. legi besar lagi baik. takyah nak depo selalu.

harap membantu


Teknik 8 (Ihsan Masta Atlantis)

style moneymaker pun aku ada guna. tapi ada lain sikit je.
pair sama (gu) carry trade semalam.


Quote:
"aku pakai candle daily, pair gu berdasarkan candle semalam. Kalau candle semalam bullish, harini kol 5 masuk buy. Kalau semalam bearish, harini masuk sell. tp 140 sl 180."
bezaynya, tp100 sl 50.
kalau sl,esoknya boh lot double.
kalau tp, esoknya start lot kecik balek

Friday, September 28, 2012

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Penyakit was-was ialah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutama dalam menunaikan niat sesuatu seperti untuk meniatkan sembahyang atau mengambil wuduk dengan secara tiba-tiba dia merasakan dia tidak lagi meniatkan niat tersebuat sedangkan pada asalnya dia sebenarnya sedah meniatkannya, penyakit ini datang dan memberikan rasa tidak yakin kepada niat yang dibuat dan merasakan ibadat yang dilakukan tersebut tidak dibina diatas niat yang betul.

FAKTOR YANG MENDATANGKAN PENYAKIT WAS-WAS
Ulama telah menyebut bahawa penyakit was-was ini ada dua faktor utama,yang pertama seseorang itu mudah was-was dalam sembahyang disebabkan oleh kelemahan kefahaman / fikirannya dan faktor yang kedua pula disebabkan seseorang tu tidak mempelajari hukum hakam fardu ain yang menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara hukum fardu, sunat dan sebagainya perkara yang sebegini boleh mendatangkan was-was atau syak dalam ibadat yang dilakukannya.
Manakala di dalam sembahyang pula kadang-kadang seseorang itu hilang kyusyuk di dalam sembahyangnya dan menyebabkan dia terlupa rakaat dan perkara ini berulang di dalam sembahyang ini menyebabkan setiap kali dia mendirikan sembahyang datang penyakit was-was dan dia tidak dapat mengatasinya.

CARA MENGATASI MASALAH WAS-WAS
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? disana terdapat beberapa pendapat ulama tentang dan cara untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya sesaorang selalu datang syak pada dirinya seperti dia syak tentang bilangan rakaat dalam sembahyang misalnya, adakah dia berada dalam rakaat ketiga atau pada rakaat keempat?, disini mazhab Imam Syafie dan Jumhur ulama yang lain mengatakan hendaklah dia mengambil yang sedikit. Misalnya dia sembahyang zohor dia syak adalah dia dalam rakaat ketiga atau keempat? maka dia hendaklah mengambil pada bilangan yang yakin iaitu tiga, jadi disini dia hendaklah mengambil yang tiga dan dia kena tambah lagi satu rakaat untuk menyempurnakan sembahyangnya.


Manakala disisi mazhab Imam Malik pula berbeza, bagi orang yang selalu sangat dan kerap datang padanya penyakit was-was ini dia hendaklah melawan dengan penyakit tersebut iaitu dengan cara dia mengambil yang banyak, misalnya apabila dia mendirikan sembahyang selalu datang was-was adakah dia dalam rakaat kedua atau ketiga maka disisi Mazhab Maliki dia wajib mengambil yang banyak, bermakna dia hendaklah mengambil yang tiga bukannya dua rakaat berbeza pula dengan mazhab Syafie dia hendaklah mengambil dua iaitu yang sedikit, antara sebab yang membawa Imam Malik berbuat sedemikian ialah kerana penyakit ini hendaklah dilawan sekiranya kita mengambil yang sedikit bermakna penyakit kita itu dapat dilawan disebabkan dorongan pada diri kita mengatakan yang bilangan rakaat tersebut tidak cukup maka kita lawan apa yang ada di dalam hati kita itu mengatakan bahawa ianya cukup.
__________________
"Aku adalah aku"

Parenting Skills....

at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.

"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."
__________________
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)"

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
--------------------------------

Anda berada digolongan yg mana?
Selamat Beramal...

Tuesday, August 28, 2012

Petua Untuk Membina Keyakinan Diri

Petua Untuk Membina Keyakinan Diri

1. Mencapai Sesuatu - Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tetapi jangan membebankan diri seperti berazam mengurangkan b
erat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan diri sendiri sahaja.

2. Luahkan Perasaan Takut - Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran dan pasti kawan-kawan juga akan berbuat demikian.

3. Latih Depan Cermin - Latihan di depan cermin akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

4. Memerhatikan Orang yang Berkeyakinan dan Berpengaruh - Memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.

5. Berfikiran Positif - Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda adalah seorang yang bersemangat dan positif. Elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

6. Menghargai Diri Sendiri - Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Petua Mengatasi Cemburu Gila

Petua Mengatasi Cemburu Gila

1. Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu
tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya. Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.

2. Kekasih kita itu bukan milik kita. – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

3. Dekatkan diri pada Maha Pencipta. – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati akan hilang.

Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu

Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu

Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan secara beransur. Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan or
ang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda.

Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar - orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.