Petua Untuk Merampingkan Badan
1. Berjalan kaki,
sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat
atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.
2. Minum air kosong 8 gelas sehari. Ia membantu membuang toksin dar
ipada
badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia
memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa
lapar berlebihan.
3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan.
Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan
lebih banyak pada waktu tengah hari.
4. Banyakkan pengambilan
buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan
serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara
berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40
peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap
kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan
membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi
aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam
badan.
9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan
apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil,
tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan
dengan lebih banyak.
10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur
beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan
menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid
HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan
ketidakcekapan penghadaman.
12. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.
13. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi
menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna
badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan
disebabkan air.
14. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh
menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu
kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk
gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan
hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat
untuk membakar kalori.
15. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah
makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.
16. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
17. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
18. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah
gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di
mulut akan membantutkan selera anda.
19. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau
jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak.
Mintalah minuman yang kurang gula.
20. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
21. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang
berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa
untuk berdiet.
22. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah
rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan
lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan
pembakaran lemak.
23. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin
penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit
lemak.
24. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa
panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus
kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk
memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
25. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam
makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran,
anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
26. Ketika memilih
piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil
sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang
terakhir, lauk dagingnya. Jika anda ingin tambah, hanya sayuran yang
boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat, apa lagi sambil menonton tv. Sebab, semakin menarik
program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda akan habiskan.
27. Kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan
sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, 1
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu sahaja
semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja
terisi.
28. Anda juga perlu perhatikan tabiat berbelanja dan
memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong.
Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda elakkan.