Hidangan Tengah Hari Yang Hebat
 Perkara 1
 Pastikan menu anda ada buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Selain 
daripada kaya dengan serat dan vitamin, kedua-duanya menjadikan pinggan 
anak anda berwarna-warni. Anak tentu suka.
 Perkara 2
 Kanak-kanak perlukan lemak untuk memastikan mereka kekal sihat. Lemak 
juga membuatkan anak kenyang. Akan tetapi, jangan terlebih beri lemak 
pada anak. Lemak boleh didapati daripada keju, daging, minyak dan 
kekacang.
 Perkara 3
 Jangan lupa tentang kepentingan bijirin. Antara yang termasuk dalam 
kategori bijirin ialah roti, nasi dan pasta. Semuanya mengandungi 
nutrien yang baik untuk tumbesaran anak. Jadi, jangan lupa hidangkannya 
pada anak.
 Perkara 4
 Seimbangkan pengambilan makanan anak. Apabila bercerita tentang 
pemakanan yang seimbang, maknanya makanan yang diambil mestilah meliputi
 semua kumpulan makanan. Misalnya, mesti ada bijirin, buah-buahan, 
sayur-sayuran, makanan sumber protein dan produk tenusu.
 Perkara 5
 Sebenarnya, hidangan tengah hari yang lengkap bukan hanya membabitkan 
makanan tetapi juga minuman. Ramai kanak-kanak gemar mengambil susu 
bersama hidangan tengah hari mereka. Tetapi sekiranya anak anda tidak 
begitu, jangan risau kerana susu boleh ditukar dengan air kosong. Akan 
tetapi elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat semasa 
makan tengah hari.
 Perkara 6
 Pastikan hidangan tengah hari anak tidak sama setiap hari. Hal ini 
penting bagi mengelakkan mereka rasa bosan. Selain itu, kepelbagaian 
hidangan makanan tengah hari dapat membekalkan nutrien yang berbeza 
kepada anak.  
No comments:
Post a Comment