Kerap Buang Air Kecil, Rutin Biasa Bakal Ibu
Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil
malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu mereka akan
berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu keenam
kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang
mengalaminya ketika kandungan memasuki usia 12 ke 14 minggu. Mengapa hal
sebegini berlaku kepada wanita hamil?
Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat dua
liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina
rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat,
menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut
oksigen dan makanan ke janin.
Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang
perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kencing.
Manakala pening katan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul
menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan
sekerapnya.
Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon
progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan.
Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak
pundi kencing yang berada di bawah rahim.
Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan
sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes
kehamilan yang ber laku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita
hamil kerap membuang air kecil.
Cara Mengatasi :
Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafien, kopi, teh mahupun air berkarbonat.
Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafien, kopi, teh mahupun air berkarbonat.
Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada
sebelah malam. Pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Sekiranya
anda perlu berulang ke tandas, ia hanya akan dilakukan di siang hari dan
bukannya pada sebelah malam sehingga mengganggu tidur anda. Pastikan
pundi kencing anda benar-benar kosong setiap kali membuang air kecil.
Pastikan anda membuang air kecil sebelum pergi atau pulang dari tempat
kerja agar anda tidak perlu bersusah payah mencari tandas ketika dalam
perjalanan pergi dan balik.
Berhati-hati sewaktu membuang air kecil. Sekiranya anda merasakan
seakan terbakar pada alat sulit, ia merupakan tanda berlakunya jangkitan
kuman pada saluran pundi kencing yang kerap berlaku kepada wanita
hamil. Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah
sedemikian.
Gangguan Hormon Ketika Hamil
Gangguan hormon di kalangan wanita hamil boleh menjejaskan tahap kesihatan wanita hamil baik dari segi emosi mahupun fi zikalnya. Peningkatan kadar hormon estrogen akan menghasilkan kulit tidak sekata dan berbelang. Keadaan ini dinamakan ‘topeng kehamilan’. Rangsangan kurang aktif dari Melanocyt Stimulating Hormon (MSH) dari kelenjar endokrin di otak akan merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen pada kulit. Akibatnya, wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang menyebabkan kulit kehitaman di bahagian tertentu seperti, leher, ketiak dan muka.
Gangguan hormon di kalangan wanita hamil boleh menjejaskan tahap kesihatan wanita hamil baik dari segi emosi mahupun fi zikalnya. Peningkatan kadar hormon estrogen akan menghasilkan kulit tidak sekata dan berbelang. Keadaan ini dinamakan ‘topeng kehamilan’. Rangsangan kurang aktif dari Melanocyt Stimulating Hormon (MSH) dari kelenjar endokrin di otak akan merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen pada kulit. Akibatnya, wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang menyebabkan kulit kehitaman di bahagian tertentu seperti, leher, ketiak dan muka.
Apabila keadaan ini berlaku, bakal ibu boleh mengatasinya dengan
mengelakkan diri dari terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.
Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri dari pancaran matahari.
Boleh juga menggunakan krim pelindung matahari untuk mengurangkan warna
gelap pada kulit yang terlibat.
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sendi
longgar. Hormon relaksin yang meningkat bertujuan untuk melonggarkan
ligamen agar jumlahnya boleh membesar selaras dengan bertambahan saiz
janin. Kesan sampingan daripada keadaan ini adalah menyebabkan semua
bahagian sendi pada tubuh menjadi longgar malah wanita hamil kerap
mengalami kepedihan dan mudah cedera ketika terjatuh.
Bagi mengurangkan masalah ini, wanita hamil boleh melakukan senaman
ringan yang khusus untuk mengatasi masalah pedih dan nyilu. Semasa
bergerak, berjalan mahupun melakukan aktiviti cubalah belajar untuk
lebih berhati-hati agar tidak jatuh dan cedera. Sekiranya berlaku
kecederaan otot, segera dapatkan bantuan fi sioterapi untuk mengurangkan
rasa sakit.
Semasa hamil juga, wanita mudah menjadi pelupa. Hal ini kerana hormon
oksitoksin di dalam tubuh memunculkan kesan amnesia atau pelupa kepada
ibu. Namun, kenaikan hormon seks akan mempengaruhi bahagian otak yang
berfungsi dalam ingatan istimewa.
Sebaiknya cuba catat aktiviti yang bakal dijalankan dalam gajet ataupun
diari anda. Berusaha untuk belajar bertenang dan jangan panik sekiranya
mengalami penurunan daya ingatan kerana selepas bersalin ianya akan
pulih semula.
No comments:
Post a Comment