Friday, September 28, 2012

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Cara Menghindari Penyakit Was-was

Penyakit was-was ialah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutama dalam menunaikan niat sesuatu seperti untuk meniatkan sembahyang atau mengambil wuduk dengan secara tiba-tiba dia merasakan dia tidak lagi meniatkan niat tersebuat sedangkan pada asalnya dia sebenarnya sedah meniatkannya, penyakit ini datang dan memberikan rasa tidak yakin kepada niat yang dibuat dan merasakan ibadat yang dilakukan tersebut tidak dibina diatas niat yang betul.

FAKTOR YANG MENDATANGKAN PENYAKIT WAS-WAS
Ulama telah menyebut bahawa penyakit was-was ini ada dua faktor utama,yang pertama seseorang itu mudah was-was dalam sembahyang disebabkan oleh kelemahan kefahaman / fikirannya dan faktor yang kedua pula disebabkan seseorang tu tidak mempelajari hukum hakam fardu ain yang menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara hukum fardu, sunat dan sebagainya perkara yang sebegini boleh mendatangkan was-was atau syak dalam ibadat yang dilakukannya.
Manakala di dalam sembahyang pula kadang-kadang seseorang itu hilang kyusyuk di dalam sembahyangnya dan menyebabkan dia terlupa rakaat dan perkara ini berulang di dalam sembahyang ini menyebabkan setiap kali dia mendirikan sembahyang datang penyakit was-was dan dia tidak dapat mengatasinya.

CARA MENGATASI MASALAH WAS-WAS
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? disana terdapat beberapa pendapat ulama tentang dan cara untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya sesaorang selalu datang syak pada dirinya seperti dia syak tentang bilangan rakaat dalam sembahyang misalnya, adakah dia berada dalam rakaat ketiga atau pada rakaat keempat?, disini mazhab Imam Syafie dan Jumhur ulama yang lain mengatakan hendaklah dia mengambil yang sedikit. Misalnya dia sembahyang zohor dia syak adalah dia dalam rakaat ketiga atau keempat? maka dia hendaklah mengambil pada bilangan yang yakin iaitu tiga, jadi disini dia hendaklah mengambil yang tiga dan dia kena tambah lagi satu rakaat untuk menyempurnakan sembahyangnya.


Manakala disisi mazhab Imam Malik pula berbeza, bagi orang yang selalu sangat dan kerap datang padanya penyakit was-was ini dia hendaklah melawan dengan penyakit tersebut iaitu dengan cara dia mengambil yang banyak, misalnya apabila dia mendirikan sembahyang selalu datang was-was adakah dia dalam rakaat kedua atau ketiga maka disisi Mazhab Maliki dia wajib mengambil yang banyak, bermakna dia hendaklah mengambil yang tiga bukannya dua rakaat berbeza pula dengan mazhab Syafie dia hendaklah mengambil dua iaitu yang sedikit, antara sebab yang membawa Imam Malik berbuat sedemikian ialah kerana penyakit ini hendaklah dilawan sekiranya kita mengambil yang sedikit bermakna penyakit kita itu dapat dilawan disebabkan dorongan pada diri kita mengatakan yang bilangan rakaat tersebut tidak cukup maka kita lawan apa yang ada di dalam hati kita itu mengatakan bahawa ianya cukup.
__________________
"Aku adalah aku"

Parenting Skills....

at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.

"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."
__________________
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)"

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
--------------------------------

Anda berada digolongan yg mana?
Selamat Beramal...

Tuesday, August 28, 2012

Petua Untuk Membina Keyakinan Diri

Petua Untuk Membina Keyakinan Diri

1. Mencapai Sesuatu - Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tetapi jangan membebankan diri seperti berazam mengurangkan b
erat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan diri sendiri sahaja.

2. Luahkan Perasaan Takut - Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran dan pasti kawan-kawan juga akan berbuat demikian.

3. Latih Depan Cermin - Latihan di depan cermin akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

4. Memerhatikan Orang yang Berkeyakinan dan Berpengaruh - Memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.

5. Berfikiran Positif - Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda adalah seorang yang bersemangat dan positif. Elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

6. Menghargai Diri Sendiri - Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Petua Mengatasi Cemburu Gila

Petua Mengatasi Cemburu Gila

1. Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu
tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya. Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.

2. Kekasih kita itu bukan milik kita. – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

3. Dekatkan diri pada Maha Pencipta. – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati akan hilang.

Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu

Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu

Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan secara beransur. Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan or
ang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda.

Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar - orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.

Petua Untuk Merampingkan Badan

Petua Untuk Merampingkan Badan

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong 8 gelas sehari. Ia membantu membuang toksin dar
ipada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

12. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.

13. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

14. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

15. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

16. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

17. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

18. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

19. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

20. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

21. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.


22. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

23. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

24. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

25. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

26. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika anda ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat, apa lagi sambil menonton tv. Sebab, semakin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda akan habiskan.

27. Kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, 1 kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu sahaja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja terisi.

28. Anda juga perlu perhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda elakkan.

Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik

Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak han
ya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

Kenapa Wanita Mudah Merajuk?

Kenapa Wanita Mudah Merajuk?

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara d
an pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Falsafah Bermaaf-Maafan

Falsafah Bermaaf-Maafan

1. Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah swt. Memaafkan orang bukan hanya di Hari Raya sahaja. Selepas raya bermusuh semula. Bukan itu caranya bermaaf-maafan.

2. Bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

Kenapa Pasangan Lelaki Anda Sanggup Meninggalkan Anda?

Kenapa Pasangan Lelaki Anda
Sanggup Meninggalkan Anda?

1. Menurut sesetengah orang lelaki, sewaktu mula hangat bercinta dahulu, wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri, menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang mengg
oda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

2. Sedang masa berlalu, wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dahulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

3. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Petua Memilih/Membuat Buah Tangan Untuk Tetamu Majlis Kahwin

Petua Memilih/Membuat Buah Tangan
Untuk Tetamu Majlis Kahwin

1. Cuba bunga telur yang diperbuat daripada satin. Selain daripada tahan lama dan cantik untuk disimpan sebagai kenangan, ia menonjolkan ciri-ciri kemewahan. Lebih menarik berba
nding dengan yang diperbuat daripada straw atau plastik.

2. Hiaskan setiap tangkai bunga telur dengan reben kain satin juga. Jangan campur adukkan dengan reben plastik.

3. Pastikan kain dan reben mempunyai warna senada. Warna emas atau perak tidak ditelan zaman dan akan sentiasa kelihatan menarik.

4. Paling penting pastikan warna asas bunga telur sama dengan konsep keseluruhan perkahwinan anda.

5. Pastikan dulang bunga pahar untuk menyangkut bunga telur telah ditempah awal. Seelok-eloknya daripada warna tembaga, emas atau perak.

6. Seelok-eloknya siapkan sarung bunga telur 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan.

7. Tempahlah bahan-bahan untuk membuat sarung bunga telur daripada seorang pereka atau penjual sahaja untuk mendapat harga yang lebih murah. Jika anda mempunyai kenalan di dalam industri ini, cubalah dapatkan harga pemborong.

8. Bagi mengilatkan telur untuk bunga pahar, masukkan sesudu cuka ke dalam periuk merebus telur. Masak telur sehari sebelum hari persandingan atau majlis untuk mengelakkan telur menjadi busuk.

Tuesday, July 31, 2012

Kepentingan Sel Induk Tali Pusat Bayi

Kepentingan Sel Induk Tali Pusat Bayi


Tahukah anda bahawa isi tali pusat dan darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, ahli keluarga mahupun orang ramai? Menerusi rawatan perubatan, sel induk yang terkandung di dalamnya berkemampuan menyelamatkan nyawa ribuan pesakit!

Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat bayi. Ia boleh diambil apabila tali pusat tersebut dipotong iaitu sejurus selepas bayi dilahirkan. Secara umumnya, terdapat dua jenis sel induk yang boleh ditemui daripada tali pusat. Jenis yang pertama adalah Sel Induk Hematopoietic atau HSC (ditemui di dalam darah tali pusat). HSC adalah multipoten iaitu boleh membeza dan membentuk beberapa komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Oleh kerana itulah, darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel induk yang sangat bernilai secara genetiknya untuk diri bayi itu dan ahli keluarganya. Selain darah tali pusat, HSC juga boleh ditemui dalam sum-sum tulang dan darah peripheral. Jenis sel induk yang kedua pula dikenali sebagai Sel Induk Mesenchymal (MSC). Berbeza dengan HSC, MSC boleh ditemui di dalam Jeli Wharton (isi tali pusat). MSC turut bersifat multipoten di mana ia boleh membeza dan membentuk sejumlah rangkaian sel-sel dan tisu seperti tulang, jantung, saraf, kornea lemak dan tulang rawan.

Masa kini, penyelidikan tentang sel induk semakin giat dijalankan dan telah terbukti mampu mengubati pelbagai jenis penyakit darah seperti leukemia, talasemia, lymphoma, aplastic anemia dan sebagainya. Pada masa akan datang, sel induk mungkin boleh digunakan untuk memperbaiki kerosakan otak atau saraf tunjang.

Umum mengetahui bahawa prosedur untuk mendapatkan sum sum tulang daripada penderma yang tiada pertalian darah (sekiranya spesimen yang sepadan ditemui) boleh menelan perbelanjaan sehingga RM100 ribu. Oleh yang demikian, darah dan isi tali pusat merupakan alternatif bagi sum-sum tulang dan darah peripheral dalam transplantasi (pemindahan) sel induk. Hal ini kerana HSC dan MSC yang akan dipindahkan kepada pesakit semasa pemindahan mampu untuk menjana sel dan komponen baru yang sihat.

Bagi golongan berisiko, menyimpan sel induk daripada darah tali pusat bayi adalah sangat digalakkan kerana sel-sel induk darah tali pusat ini mampu mengubati penyakit yang dialami bila mana ia diperlukan. Walau bagaimanapun, pada masa kini, orang ramai telah mula menyedari kebaikan dan kepentingan untuk menyimpan darah tali pusat dan isi tali pusat. Bagi mereka, ia tidak semestinya tertakluk kepada golongan berisiko sahaja.

Hal ini kerana dengan menyimpan sel induk daripada darah tali pusat, ia umpama insurans biologi bagi anak-anak dan keluarga yang mungkin dapat digunakan pada masa hadapan.

Sel induk bagi seseorang bayi itu akan menjamin padanan 100 peratus bagi dirinya sendiri sekiranya dia memerlukan pemindahan darah. Sel induk yang dimilikinya juga berkemungkinan sesuai untuk kegunaan ahli keluarga terdekatnya seperti ibu bapa, adik beradik dan saudara rapat (tertakluk kepada padanan sel). Namun yang demikian, peluang padanan yang sesuai semakin berkurangan bagi saudara-mara yang jauh.

Sama seperti prosedur perubatan yang lain, tiada jaminan 100 peratus yang boleh diberikan terhadap keberhasilan penggunaan sel induk darah tali pusat dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia banyak bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti kualiti darah tali pusat, peluang padanan, jenis penyakit, keadaan, umur dan tahap pesakit dan lain-lain.


Darah tali pusat dan isi tali pusat diambil terus daripada tali pusat bayi yang telah dipotong iaitu sejurus selepas bayi selamat dilahirkan. Proses pengambilan sel induk darah tali pusat ini adalah mudah, cepat dan selamat. Perlu diketahui, ia sama sekali tidak mengganggu proses kelahiran bayi. Malah, ia juga tidak mendatangkan kesakitan atau mengundang kemudaratan kepada ibu mahupun bayi. Secara teorinya, tiada had masa untuk menetapkan tempoh simpanan sel induk darah tali pusat tersebut. Apa yang pasti, darah tali pusat dan isi tali pusat yang telah diproses akan disimpan di dalam tangki simpanan fasa wap cecair nitrogen yang bersuhu ekstrem sejuk iaitu di bawah suhu 190 darjah Celsius. Sel di bawah suhu ini boleh disimpan untuk selama-lamanya sehinggalah ia diperlukan bagi tujuan pemindahan sel induk.

Buruk Baik Kahwin Di Usia Muda

Buruk Baik Kahwin Di Usia Muda

 

Ramai kalangan anak muda yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan.

Ia juga dikenali sebagai ‘nikah gantung’. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat. Hakikatnya, nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental mahupun fizikal.

Perlu bersedia luar dan dalam agar hubungan rumah tangga berlangsung seperti biasa. Ramai yang kata seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan.
Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi usia masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.

Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?
Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.
Baik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.

Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?
Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran, masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja.

Paling tidak memberitahu masyarakat bahawa gadis itu telah ‘ditanda’ oleh seseorang. Lagipun, ada hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya. 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fi tnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Bagaimana Jika Tidak Direstui?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa di kedua belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Ini kerana redha ibu bapa itu penting untuk anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk selamanya.

Mungkin banyak perkara yang dibangkitkan mengenai tanggungjawab, kewangan atau ciri-ciri kepimpinan. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.

Bagaimana Pula Dengan Pandangan Masyarakat?
Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin.

Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.

Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.

Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?
Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan.

Info Menu Untuk Anak

Info Menu Untuk Anak

Menyediakan sendiri makanan untuk anak adalah tindakan yang bijak dan perlu diamalkan oleh semua ibu mahupun bapa. Namun, beberapa perkara perlu dititikberatkan agar makanan yang diberi itu bermanfaat dan bukan memudaratkan.

1. Penyediaan Makanan
Seboleh-bolehnya, sediakan makanan segar untuk anak-anak. Sekiranya anda menyejukbekukan makanan anak, sejukkan dengan cepat sebaik anda menyediakannya. Penyejukbekuan merupakan cara paling baik untuk mengekalkan vitamin dalam makanan yang disediakan.

2. Tekstur Makanan
Bagi bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal, mereka perlulah diberi makanan yang dikisar halus dan tidak terlalu pekat. Anda bolehlah memberi anak makanan yang sedikit kasar apabila usianya mencecah tujuh hingga sembilan bulan. Pada usia ini, anda digalakkan hanya melecek makanan untuk bayi dan tidak perlu dikisar halus. Apabila bayi anda sudah pandai memegang barang, berilah dia makanan jejari yang lembut. Anak pasti sukakannya kerana kini dia sudah boleh memegang sendiri makanannya.

3. Nutrien Penting
Pastikan makanan yang anda beri pada anak kaya dengan pelbagai zat dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A dan asid lemak Omega 3.

4. Makanan Bayi Bukan Makanan Orang Dewasa
Makanan bayi perlulah semula jadi tanpa sebarang perisa tambahan seperti garam, gula ataupun MSG. Ingat, yang sedap di tekak ibu bapa belum tentu baik untuk kesihatan anak. Malah, rasa sedap inilah yang selalunya memudaratkan kesihatan.

Info : Vitamin C dan sesetengah vitamin B akan hilang perlahan-lahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan

 

Hidangan Tengah Hari Yang Hebat

Hidangan Tengah Hari Yang Hebat

 

Perkara 1
Pastikan menu anda ada buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Selain daripada kaya dengan serat dan vitamin, kedua-duanya menjadikan pinggan anak anda berwarna-warni. Anak tentu suka.
Perkara 2
Kanak-kanak perlukan lemak untuk memastikan mereka kekal sihat. Lemak juga membuatkan anak kenyang. Akan tetapi, jangan terlebih beri lemak pada anak. Lemak boleh didapati daripada keju, daging, minyak dan kekacang.
Perkara 3
Jangan lupa tentang kepentingan bijirin. Antara yang termasuk dalam kategori bijirin ialah roti, nasi dan pasta. Semuanya mengandungi nutrien yang baik untuk tumbesaran anak. Jadi, jangan lupa hidangkannya pada anak.
Perkara 4
Seimbangkan pengambilan makanan anak. Apabila bercerita tentang pemakanan yang seimbang, maknanya makanan yang diambil mestilah meliputi semua kumpulan makanan. Misalnya, mesti ada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan sumber protein dan produk tenusu.
Perkara 5
Sebenarnya, hidangan tengah hari yang lengkap bukan hanya membabitkan makanan tetapi juga minuman. Ramai kanak-kanak gemar mengambil susu bersama hidangan tengah hari mereka. Tetapi sekiranya anak anda tidak begitu, jangan risau kerana susu boleh ditukar dengan air kosong. Akan tetapi elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat semasa makan tengah hari.
Perkara 6
Pastikan hidangan tengah hari anak tidak sama setiap hari. Hal ini penting bagi mengelakkan mereka rasa bosan. Selain itu, kepelbagaian hidangan makanan tengah hari dapat membekalkan nutrien yang berbeza kepada anak. 

 

10 Tip Didik Anak Cemerlang

10 Tip Didik Anak Cemerlang

 

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.
2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.
3. Bersikap jujur kepada anak.
4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.
5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.
6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)
7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
9. Berbicaralah dengan anak anda.
10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda

 

Kerap Buang Air Kecil, Rutin Biasa Bakal Ibu

Kerap Buang Air Kecil, Rutin Biasa Bakal Ibu

Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu mereka akan berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu keenam kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya ketika kandungan memasuki usia 12 ke 14 minggu. Mengapa hal sebegini berlaku kepada wanita hamil?

Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat dua liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin.

Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kencing. Manakala pening katan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.
Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim.

Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang ber laku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hamil kerap membuang air kecil.

Cara Mengatasi :
Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafien, kopi, teh mahupun air berkarbonat.

Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Sekiranya anda perlu berulang ke tandas, ia hanya akan dilakukan di siang hari dan bukannya pada sebelah malam sehingga mengganggu tidur anda. Pastikan pundi kencing anda benar-benar kosong setiap kali membuang air kecil.

Pastikan anda membuang air kecil sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja agar anda tidak perlu bersusah payah mencari tandas ketika dalam perjalanan pergi dan balik.

Berhati-hati sewaktu membuang air kecil. Sekiranya anda merasakan seakan terbakar pada alat sulit, ia merupakan tanda berlakunya jangkitan kuman pada saluran pundi kencing yang kerap berlaku kepada wanita hamil. Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah sedemikian.

Gangguan Hormon Ketika Hamil
Gangguan hormon di kalangan wanita hamil boleh menjejaskan tahap kesihatan wanita hamil baik dari segi emosi mahupun fi zikalnya. Peningkatan kadar hormon estrogen akan menghasilkan kulit tidak sekata dan berbelang. Keadaan ini dinamakan ‘topeng kehamilan’. Rangsangan kurang aktif dari Melanocyt Stimulating Hormon (MSH) dari kelenjar endokrin di otak akan merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen pada kulit. Akibatnya, wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang menyebabkan kulit kehitaman di bahagian tertentu seperti, leher, ketiak dan muka.

Apabila keadaan ini berlaku, bakal ibu boleh mengatasinya dengan mengelakkan diri dari terdedah secara langsung dengan sinaran matahari. Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri dari pancaran matahari. Boleh juga menggunakan krim pelindung matahari untuk mengurangkan warna gelap pada kulit yang terlibat.

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sendi longgar. Hormon relaksin yang meningkat bertujuan untuk melonggarkan ligamen agar jumlahnya boleh membesar selaras dengan bertambahan saiz janin. Kesan sampingan daripada keadaan ini adalah menyebabkan semua bahagian sendi pada tubuh menjadi longgar malah wanita hamil kerap mengalami kepedihan dan mudah cedera ketika terjatuh.

Bagi mengurangkan masalah ini, wanita hamil boleh melakukan senaman ringan yang khusus untuk mengatasi masalah pedih dan nyilu. Semasa bergerak, berjalan mahupun melakukan aktiviti cubalah belajar untuk lebih berhati-hati agar tidak jatuh dan cedera. Sekiranya berlaku kecederaan otot, segera dapatkan bantuan fi sioterapi untuk mengurangkan rasa sakit.

Semasa hamil juga, wanita mudah menjadi pelupa. Hal ini kerana hormon oksitoksin di dalam tubuh memunculkan kesan amnesia atau pelupa kepada ibu. Namun, kenaikan hormon seks akan mempengaruhi bahagian otak yang berfungsi dalam ingatan istimewa.

Sebaiknya cuba catat aktiviti yang bakal dijalankan dalam gajet ataupun diari anda. Berusaha untuk belajar bertenang dan jangan panik sekiranya mengalami penurunan daya ingatan kerana selepas bersalin ianya akan pulih semula.

 

Kenapa Gagal Hamil?

Kenapa Gagal Hamil?

Keinginan memiliki cahaya mata tentunya meluap-luap lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun mencuba namun masih tidak berjaya. Kepada yang berhadapan dengan masalah seperti ini, adalah penting untuk anda mengetahui bahawa ada banyak faktor yang boleh menghalang kehamilan.

Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. 

Antara faktor penyebabnya ialah:

Usia wanita tersebut
Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

Usia dan tahap kesihatan pasangan
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.
 
Gaya hidup
Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

 Stres yang melampau
Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.
 
Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.
 
Masalah hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
 
Bilangan sperma yang rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
 
Pengambilan kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Yang pentingnya usaha.

 

Saturday, May 26, 2012

Alat2 yang digunakan seekor pencuri kereta

just nak berkongsi alatan2 yang digunakan oleh sang pencuri kereta

ALLEN KEY



peralatan ini kebiasaannya digunaan untuk mencuri kenderaan seperti m/sikal dan membuka solex yang digunakan sebagai kunci tambahan. Satu fakta penting yang kita perlu tahu mengenai mangga, pada saya jenama solex yang berlubang besar lebih mudah di buka berbanding dengan mangga yang mempunyai lubang kecil (memakai kunci leper). Ini adalah berdasarkan soal-siasat yang pernah saya jalankan selepas berjaya membuat tangkapan ke atas saspek-saspek otai curi m/sikal. Dicadangkan memakai mangga kunci leper yang di balut dengan bahan getah, Sunguhpun mangga ini boleh dibuka namun pencuri memakan masa yang panjang untuk membukanya. Satu fakta yang perlu kita ketahui para pencuri berpengalaman akan mencari sasaran yang mudah untuk mencuri kenderaan.

KEY CUTTER



Ini adalah peralatan asas yang lain diperlukan untuk membentuk anak kunci. Kebiasaannya alat ini digunakan oleh pencuri kereta. Alat ini digunakan oleh mereka yang pakar dalam seni mengukir kunci kereta. Sekiranya seseorang kurang pakar mengukir anak kunci, memerlukan 30 minit sehingga 1 jam untuk mengukit anak kunci. Namun sekiranya seorang penjenayah yang pakar, hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mengukir anak kunci. Modus Operandi pencuri kereta ini pada kebisaannya akan mengambil/mengorek tombol kunci sama ada pada bahagian pintu penumpang atau bonet belakang kereta. Tombol itu akan digunakan untuk mengukir anak kunci sehingga tombol kunci tersebut boleh dibuka dengan menggunakan anak kunci tersebut. 

KEY SCANNER



Ini adalah antara peralatan canggih terkini yang digunakan untuk mengukir anak kunci. Bukan lagi di ukir secara manual. Semua kerja sekarang dilakukan oleh komputer. Dari mengimbas bentuk alur kunci sehingga kepada mengukir anak kunci semua di lakukan oleh mesin/komputer. Masa yang digunakan untuk membuat kunci pendua adalah pantas. Dengan alat ini juga tidak timbul curiga kepada orang awam atau anggota polis yang membuat rondaan akan keadaan tombol kunci yang lohong yang terdapat pada kereta yang akan dicuri.

SIGNAL JAMMER



Alat ini digunakan oleh penjenayah untuk menyahaktif frekuensi GSM/CDMA/DCS/PHS/3G dalam lingkungan 8 meter. Sekiranya peralatan ini dipasangkan di dalam kereta yang dicuri satelit GPS tidak akan dapat mengesan kereta yang dicuri. Peralatan ini juga boleh mengagalkan sistem penggera. Pada kebiasaanya alat ini akan dihidupkan oleh penjenayah semasa berada di dalam kenderaan yang dicuri dan akan menyebabkan GPS kenderaan tersebut tidak dapat dikesan oleh radar dan lokasi kenderaan gagal dikesan. Peruntukan undang-undang: seseorang itu didapati memilik/menggunakan/membekalkan peranti tidak standard adalah melakukan kesalahan di bawah SEK 239 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

ALAT KAWALAN ECU(ELECTRONIC CONTROL UNIT)



Alat-alat ini kebiasaanya digunakan oleh pemilik bengkel kenderaan bagi tujuan penyelengaraan sistem komputer kereta. Alat ini telah disalah gunakan untuk menghidupkan kenderaan curi dengan menggunakan kunci baru di mana arahaan kepada ECU akan diberikan untuk membaca cip kunci baru melalui alat ini.

ADVANCE DIAGNOSTICS AD400 PRO



Alat ini merupakan sejenis alat yang paling berteknologi tinggi dan terbaru di pasaran. Alat ini digunakan bagi tujuan meneutralkan ECU (sistem alarm dan sistem kunci) dan boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan. Alat ini juga digunakan untuk memprogramkan semula ECU (sistem alarm dan sistem kunci) kenderaan yang dicuri.

Fakta Sains di Dalam al-Quran : ASAL-USUL ALAM DARIPADA ASAP?

ASAL-USUL ALAM DARIPADA ASAP?

Di dalam surah Fussilat 41: 11, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ´Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab: ´Kami datang dengan tunduk.´” 

Di dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9, halaman 5010, Said Hawa menyatakan: “Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan adalah di dalam bentuk gas nebula seperti asap. Dan pandangan yang seperti ini boleh dianggap sahih kerana ia begitu hampir dengan hakikat kalimat ´dukhan´ di dalam al-Quran.´ 

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas). 

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar. 

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah Al-Anbiyaa´: 30) 

Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori Big Bang tidak dapat dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?

WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI
Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini dibentuk, yang ada pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ´asap´ adalah lebih sesuai berbanding gas. 

Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh perkataan ´dhukhan´ yang bermaksud asap: “Kemudian Dia menujukan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ´Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa!´ Keduanya menjawab: ´Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela.´” (Surah Fussilat: 11) 

Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad s.wa.w. Justeru, dari mana pula sumber ilmu ini?

BENTUK BUMI BULAT

Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi pada tahun 1907. 

Lihat maksud petikan ayat al-Quran ini yang membincangkan mengenai pertukaran siang dan malam: “Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).” (Surah Luqman: 29) 

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan. 

Berikut ialah maksud petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi ini bulat: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna yang sebenar; Dia juga menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya).” (Surah Az-Zumar: 5) 

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´kawwara´ bermakna ´untuk menindihkan´ atau ´melingkari´ - seperti serban yang dilingkarkan mengelilingi kepala. Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat seperti bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di hujung. 

Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi: “Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” (surah An-Naazi´aat: 30)*

(*Perkataan Arab dahaha diterjemahkan oleh Mufti Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim sebagai ´dihamparkannya´, yang juga betul. Perkataan dahaha juga bermakna telur burung unta. Lihat ayat ini yang berkaitan dengan sifat cahaya matahari dan bulan: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya....´ (Surah Yunus: 5))

Perkataan Arab untuk telur di sini ialah ´dahaha´ yang bermaksud telur burung unta. Bentuk telur buurng unta menyerupai bentuk bumi yang geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan ialah bumi ini rata.

CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN

Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya sendiri. Sains kini memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya yang dipantulkan. Walau bagaimanapun, fakta ini telah disebut di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.” (Surah Al-Furqan: 61) 

Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah ´syams´. Ia merujuk kepada ´siraaj´, yang bermaksud api pelita (torch) atau ´wanhaaj ´yang bermakud ´lampu yang menyala´ atau ´diya´ yang bermaksud ´kemegahan yang menyinari.´ Ketiga-tiga keterangan itu memang sesuai untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh sebab kebakaran dalamannya. 

Perkataan Arab untuk bulan pula ialah ´qamar´ dan ia diterangkan di dalam al-Quran sebagai ´muneer´, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur, iaitu cahaya. Sekali lagi, keterangan al-Quran menyamai sifat semula jadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan merupakan benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak pernah sekalipun di dalam al-Quran, bulan disebut sebagai ´siraaj´, ´wanhaaj´, atau ´diya´ atau matahari sebagai nur atau ´muneer´. 
Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan di antara cahaya matahari dan cahaya bulan. 

Lihatlah maksud ayat-ayat firman-Nya ini yang berkaitan dengan cahaya matahari dan bulan: 

1. “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya.” (Surah Yunus: 5) 

2. “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang benderang).” (Surah Nuh: 15-16) 

MATAHARI TIDAK BERPUTAR

Sejak sedemikian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi ini berkedudukan tetap di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua benda lain beredar mengelilinginya. Di Barat, konsep alam semesta berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa dari zaman Ptolemy pada kurun kedua Sebelum Masihi lagi. 

Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan teorinya yang dipanggil Heliocentric Theory of Planetary Motion (Teori Heliocentric Mengenai Pergerakan Planet), yang mendakwa matahari itu yang berkedudukan tetap di pusat sistem matahari dengan planet-planet lain beredar mengelilinginya.

Pada tahun 1609, ahli sains Jerman Yohannus Keppler menerbitkan Astronomia Nova. Di dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet bukan hanya beredar dalam orbit bujur (elliptical) mengelilingi matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan yang tidak menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu menerangkan secara tepat beberapa corak perjalanan sistem matahari termasuklah kejadian malam dan siang. 

Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan tetap dan tidak berputar di paksinya seperti bumi. Penulis masih ingat ketika belajar kesilapan ini dari buku Geografi pada zaman persekolahan penulis. Lihatlah maksud ayat-ayat al-Quran ini: 

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar *terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Surah Al-Anbiyaa: 33) 
(*Mufti Haji Muhaamd Noor Haji Ibrahim menterjemahkan beredar terapung-apung). Sila lihat keterangan ini:

Perkataan Arab yang digunakan di atas ialah ´yasbahun´. Perkataan ´yasbahun´ diambil dari perkataan ´sabaha´. Ia membawa makna pergerakan dari benda-benda yang bergerak. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu bergolek tetapi ia bermakna orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia di dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang terapung-apung, tetapi bermakna dia sedang berenang. 

Begitu juga, jika anda gunakan perkataan ´yasbah´ untuk benda-benda di angkasa raya seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui angkasa tetapi ia bermakna berputar sambil bergerak melalui angkasa. Kebanyakan buku teks telah memasukkan hakikat matahari berputar di atas paksinya. 

Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang boleh mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu boleh mengkaji imej matahari tanpa menjadi buta. Kita boleh perhatikan matahari menyempurnakan putarannya setiap 25 hari, yakni matahari mengambil masa 25 hari untuk berputar di paksinya. 

Sebenarnya, matahari bergerak melalui angkasa pada kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat, dan mengambil masa 200 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat galaksi kita iaitu Galaksi Bima Sakti. 

“Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” (Surah Yaa Siin: 40) 

Ayat ini memberitahu fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden, iaitu wujudnya orbit tersendiri untuk matahari dan bulan, dan mereka beredar melalui angkasa dengan pergerakannya sendiri. ´Tempat tetap´, di mana matahari bergerak menuju ke arahnya dan membawa bersamanya sistem matahari telah dikenal pasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia digelar Solar Apex. Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke arah satu tempat di ´constellation of Hercules ´(alpha layer) yang telah dikenalpasti dengan sahih di mana letaknya.

Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk mengelilingi bumi. Ia mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan satu pusingan. Seseorang itu tentunya terkejut dengan ketepatan saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran. Justeru, tidak perlukah kita fikirkan: Apakah sumber ilmu-ilmu yang terkandung di dalam al-Quran ini?´

MATAHARI AKAN PADAM SELEPAS TEMPOH TERTENTU

Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini: ´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin: 38) 

(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21) 

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan - bermakna ia akan padam atau tamat.

KEWUJUDAN BAHAN DI RUANG ANGKASA 

Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal, cecair, dan gas). 

Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat: “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.” (Surah Al-Furqaan: 59) 

Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.

ALAM SEMESTA YANG SENTIASA MENGEMBANG

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. 

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi. 

Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka. 

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.

GAS HIDROGEN DAN HELIUM DAN PERMULAAN LANGIT DAN BUMI 

Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ´primary nebula´.

Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi. Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran. 

PERMULAAN ALAM MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…” 

 Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, ´Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah: “Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan di antara kedua-duanya udara.” 

Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung dengan ayat ini: “Bahkan… sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah s.w.t meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah s.w.t memisahkan di antara kedua-duanya.” 

Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi´ yang ditulisnya sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: “Apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah s.w.t pisahkan semuanya. Di sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum diketahui kecuali pada zaman sekarang.” 

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. 

TEORI ´BIG BANG´ 

Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya 

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi teori Big Bang ini. 

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu. 

Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada tahun 1965. 

Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ´COBE Spacecraft,´ juga telah mengesahkan tentang perkara ini. 

Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah disebutkan oleh al-Quran.




komen ambo..

Quote:
Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ´asap´ adalah lebih sesuai berbanding gas.
perkataan gas mmg tk disebut dlm quran sbb ia perkataan baru,sdangkan quran diturunkan 1400 tahun lalu.Jadi Allah mmgunakan pkataan asap sbgai kiasan untuk gas,terutamanya gas hidrogen (ketika bigbang kira2 99% unsur alam semesta ialah hidrogen)

Quote:
Sir Francis Drake ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi pada tahun 1907.
kurang tepat.bumi dah dibuktikan bulat sejak abad ke 15 lagi bila ferdinand meggelan menjadi org pertama mengelilingi bumi dgan kapal laut..

Quote:
Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan ion positif yang sama.
utk mghasilkan plasma memerlukan suhu beribu darjah celcius..plasma hanya boleh wujud pada suhu sngat tinggi spt di bintang sept matahari shj..menurut teori kuantum ruang angkasa tidak 100% vakum tp diisi oleh bahan yg dinamakan pasangan jirim dan anti jirim.

Quote:
Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.
klau nak ikutkan kaum maya yg pkai cawat kat amerika selatan pn lagi terer (@sama terer )dlam astronomi..(kalandar maya 2012)


Quote:
Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada tahun 1965.
kira2 300ribu tahun slpas bigbang,alam semesta menjadi lut cahaya.foton2 (partikel cahaya) mula menyebar keseluruh alam hingga ke hari ini dan dinamakan sbg sinar latar belakang kosmik (CMB)..nak tengok cmb ni tak perlu teleskop canggih pn,bleh tengok pkai tv biasa,1% bintik2 hitam putih di skrin tv yg tkde siaran tu adlah disebabkan cmb la..